Jenis-jenis Kamera dan Fungsian SLR

Dalam kuliah ini disentuh berkenaan dengan Jenis-jenis Kamera, bagaimana mengendalikan Kamera SLR, Kaitan Exposure dengan Aperture, Shutter Speed dan ISO. Semoga ia memberikan manfaat pada semua

Minggu 2- Photography 250914-latest

DEDAHAN (EXPOSURE)

Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.

KELAJUAN SHUTTER (SHUTTER SPEED)

Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas. Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.
Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.
Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.
Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon

 

APERTURE

Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.
“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32
                   Kesan f-number pada kualiti bokeh.

f-32 . Bokeh kurang kemas          f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas.

Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

ISO

ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :

Depth Of Field

Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture.

Jenis Dedahan (Exposure Modes)

1. Programmed AutoExposure

Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.

2. Semi Programmed AutoExposure

Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan.

3. Manual Exposure

Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan. Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev).

Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.

Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.

Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.

Panduan Sunny 16. Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengah hari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter. Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh:

Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain
Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan

Tip-tip untuk mengawal Exposure

1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.

2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose.

3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette.

4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.

5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.

Pengendalian Kamera SLR

Kuliah hari ini adalah mengenai jenis-jenis kamera dan kaedah pengendalian Kamera DSLR di bimbing oleh En Mohd Pua’at bin Ahmad:

puat

Terima kasih kepada beliau atas perkongsian ilmu. Boleh hubungi beliau melalui berikut:

Department of Education Sciences, Mathematics and Multimedia Creative, Faculty Of Education
Emel       : p-puat@utm.my
Tel           : 07-5534443
H/P         : 019-7435254

Antaranya ilmu yang dikongsi adalah seperti berikut:

Sinopsis Kursus

Kursus MPT1483 atau MPPP1373: Penerbitan Teknologi Visual (Visual Teknology Production) ini diajar oleh Dr. Shaharudin bin Md Salleh, Pensyarah Fakulti Pendidikan UTM.
f1

Kursus ini memberi pendedahan kepada teori-teori dan kemahiran reka bentuk dan pengeluaran media statik visual. Selain daripada kaedah konvensional untuk menghasilkan bahan-bahan visual berasaskan, kursus ini akan memberi tumpuan lebih kepada penggunaan kamera digital dan komputer untuk menghasilkan kualiti imej. Beberapa teknik fotografi, pendekatan dalam membangunkan imej digital, dan teknik manipulasi imej akan dikongsi dalam kursus ini untuk menghasilkan imej yang cemerlang dan berkualiti. Menggunakan imej digital, pelajar akan membangunkan pakej lengkap pengajaran dan pembelajaran bahan berdasarkan visual sebagai medium. Pakej ini akan diuji dan dinilai oleh sekumpulan pengguna sasaran.

Muat turun Garis Panduan Kursus ini di sini >> MPPP 1373_MPT1483